Dendeng, sambal nyet berapi Khairul Aming kini disahkan halal oleh Jakim.
Pempengaruh dan usahawan berjaya, Khairul Aming (KA) teruja untuk berkongsi berita perniagaannya, iaitu dendeng dan sambal nyet berapi, kini disahkan ‘halal’ oleh JAKIM.
Menurut KA, setakat ini perniagaannya telah memperoleh sijil MESTI dan HALAL. Beliau berharap dapat memperoleh sijil HACCP untuk kilangnya di Kelantan pula.
“Alhamdulillah, Dendeng dan Sambal Nyet kini disahkan HALAL oleh JAKIM. Bermula dengan kilang dari kosong, kita bina sedikit demi sedikit sehingga dapat pengiktirafan,” katanya.
“Selain daripada halal, kita dah dapat kelulusan daripada MeSTI KKM. So sekarang kilang kita diiktiraf selamat, bersih dan juga halal,” katanya lagi.
Alhamdulillah Dendeng dan Sambal Nyet kini disahkan HALAL oleh JAKIM. Bermula dengan kilang dari zero, kita bina sedikit demi sedikit sehingga dapat pengiktirafan. So far kita dah dapat sijil MESTI dan HALAL, doakan kita boleh apply untuk HACCP juga untuk kilang kat Kelantan 🙏🏻 pic.twitter.com/e2tR640l6L
— Khairulaming (@khairulaming) November 20, 2024