Dendam akibat dibuli di tempat kerja, lelaki bakar 9 rumah di Baling

Photo of author

By Syima Iza

Dendam akibat dibuli di tempat kerja, lelaki bakar 9 rumah di Baling.

Dendam akibat dibuli di tempat kerja disyaki menjadi punca seorang lelaki bertindak membakar sembilan buah rumah di Kupang, Baling sejak pertengahan bulan lalu hingga awal bulan ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, suspek berusia 23 tahun yang juga seorang penganggur dan penduduk Kupang ditahan pada pukul 12.30 tengah malam, Isnin lalu.

Dendam akibat dibuli di tempat kerja, lelaki bakar 9 rumah di Baling

“Kesemua sembilan kes khianat yang dilakukan suspek berpunca daripada dendam kerana sering dibuli di tempat kerja sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Difahamkan, suspek juga dipulaukan oleh penduduk setempat dengan sebahagian mangsa dikenali oleh pemuda tersebut.

Katanya, suspek sebelum ini bekerja di sebuah kilang getah dan berhenti kira-kira tiga bulan sebelum kebakaran pertama berlaku.

“Kita percaya disebabkan perasaan dendam, dia bertindak membakar sembilan rumah dengan kerugian tertinggi sebanyak RM300,000,” ujarnya.

Modus operandi suspek adalah dengan mencurahkan petrol ke atas motosikal lalu membakarnya sebelum merebak ke rumah penduduk.

Kebakaran sembilan rumah termasuk dua kenderaan dan 18 motosikal melibatkan kerugian berjumlah RM770,000.

Suspek ditahan reman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sumber

Baca Lagi:
Caprice beri penjelasan kenapa Ebit Lew menang kes saman
Ramai puas hati lihat penunggang motosikal jatuh ‘Cium’ jalan selepas tak lepas menyelit di lorong tol
Harta tak pernah habis sampai bila-bila, kenali 10 keluarga paling kaya di dunia