Demi selamatkan tunang, lelaki melecur teruk disimbah cecair oleh individu tak dikenali

Demi selamatkan tunang, lelaki melecur teruk disimbah cecair oleh individu tak dikenali

Seorang lelaki melecur teruk selepas dia melindungi tunangnya daripada terkena sejenis cecair mudah terbakar yang disimbah oleh seorang individu di New York, lapor akhbar New York Post.

Kejadian berlaku semalam di sebuah stesen kereta api bawah tanah.

Tubuh Petrit Alijaj, 23, dibalut sepenuhnya ketika dia berbaring di katil Hospital Presbyterian-Weill Cornell, dan masih terkejut dengan serangan rambang itu.

Demi selamatkan tunang, lelaki melecur teruk disimbah cecair oleh individu tak dikenali

Doktor memberitahu bahawa badan Alijaj melecur 30 peratus dan turut menjangkakan lelaki itu akan berada di hospital sekurang-kurangnya seminggu.

Bagaimanapun, Alijaj berkata, tindakannya adalah berbaloi kerana ia bertujuan untuk melindungi tunangnya.

“Saya melindungi tunang saya dengan badan saya,” katanya kepada New York Post.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dikenali sebagai Nile Taylor, 49, disyaki membawa sebuah cawan yang mengandungi cecair mudah terbakar.

Menurut pihak berkuasa, bahan itu terbakar apabila ia menyentuh baju Alijaj, seterusnya membakar daging lelaki itu.

Suspek ditahan sejurus selepas serangan itu setelah polis mengesan telefon bimbit yang berada padanya.

Baca Juga:
Isi perut terkeluar, lelaki cedera parah tertusuk besi jambatan lama
“Orang buat persiapan, kau sibuk buat ‘live’” – Ogy kecewa sikap 2 influencer yang biadap
Pelajar madrasah ‘diseterika’ seluruh badan kerana enggan salam dengan senior
CATEGORIES