Demi konten, pemuda sanggup makan jem coklat dalam masa 3 jam

Photo of author

By Syima Iza

Setiap orang kini dilihat semakin berbakat dalam menghasilkan content di media sosial.

Ada kalanya content itu memang bermanfaat untuk orang ramai, ada juga content yang menghiburkan dan banyak lagi.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pemuda membuat content yang membahayakan kesihatan diri sendiri.

Demi konten, pemuda sanggup makan jem coklat dalam masa 3 jam

Buat content makan jem coklat dalam masa 3 jam

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda menuangkan jem coklat ke dalam bekas kaca yang besar.

Dia turut merakam dirinya sambil makan jem coklat yang penuh itu. Perkara yang membuatkan ramai tertanya-tanya adalah sama ada dia mampu menghabiskan jem itu dalam masa 3 jam.

Pada akhir video, dia kelihatan sakit perut dan perlu ke tandas berulang kali.

Ada sesetengah netizen yang tidak setuju dengan video tidak bermanfaat sebegini. Malah, ada juga yang mengatakan pemuda itu kufur nikmat iaitu melakukan perbuatan sia-sia sedangkan nikmat yang diberikan itu boleh digunakan dengan cara yang lebih baik.
@andcarli♬ SMOKING PARTNER – 9.11 playa

Baca Juga:
DSV selamba sembang bahasa Mandarin dengan aktres terkenal China buat ramai kagum
Jurutera projek Mapim syahid dalam serangan udara Israel
CEO Batu terlibat kemalangan, patah gigi depan dan lebih 20 jahitan di kepala