‘Demi content’ wanita main banjir nyaris lemas.
Perbuatan seorang wanita di Indonesia yang bermain air banjir di sebuah longkang sehingga nyaris hanyut telah mengundang kecaman orang ramai, lapor portal berita Tribunnews hari ini.
Kejadian tersebut berlaku di Sukabumi, wilayah Jawa Barat pada 3 Disember lalu.
Rakaman yang dimuat naik di laman Facebook oleh akaun MZ Mamay Ziyad menunjukkan seorang wanita bertudung hijau turun ke dalam longkang di hadapan rumahnya.
Aliran air yang deras menyebabkan wanita itu dibawa air sehingga hampir lemas.
Wanita tersebut juga mengalami kesan luka pada bahagian kaki, peha, tangan, dan kepala.
Rakaman itu telah mencatatkan lebih 40,700 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen.
“Demi ‘content’ sanggup jadi bodoh dan membahayakan diri sendiri,” sindir seorang netizen.
“Semakin tua semakin ‘bijak’,” sindir netizen lain.