Demi cinta, gadis Malaysia ini sanggup terbang ke Bangladesh untuk berkahwin

Photo of author

By Syima Iza

Demi cinta, gadis Malaysia ini sanggup terbang ke Bangladesh untuk berkahwin.

Seorang gadis dari Malaysia sanggup terbang ke Bangladesh untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang berasal dari Noakhali pada 24 Jun lalu, lapor laman berita Tribune Desk.

Gadis tersebut, Smriti Ayesha Ramasamy, 22, berkahwin dengan Farhad Hossain, 26, seorang penduduk di kawasan Hajipur, bandar Chowmuhani.

Menurut sumber keluarga, Farhad datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan lima tahun lalu dan bekerja di sebuah syarikat.

Demi cinta, gadis Malaysia ini sanggup terbang ke Bangladesh untuk berkahwin
Gambar hiasan

Dia kemudian bertemu dengan Smriti dan tidak lama kemudian, perkenalan mereka berubah menjadi cinta.

Selepas kontraknya di syarikat tersebut tamat tahun ini, Farhad kembali ke Bangladesh, namun dia terus berhubung dengan Smriti sebelum pasangan itu memutuskan untuk berkahwin.

Demi cinta, gadis Malaysia ini sanggup terbang ke Bangladesh untuk berkahwin

Smriti kemudian terbang ke Bangladesh dan tiba di Noakhali pada 24 Jun lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka.

Pada 25 Jun lalu, Farhad dan Smriti berkahwin di mahkamah dengan pasangan itu kini menetap di sana.

Baca Lagi:
Sesiapa yang berminat untuk berkahwin dengan Inspektor Sheila boleh cuba nasib dengan balas hantarannya di Facebook
Hanya buat senaman 4 minit setiap hari dalam masa 5 bulan, lelaki ini berjaya hilangkan perut boroinya
Dengki kedai makan laris, suami isteri peniaga roti nan cedera parah disimbah asid, kedai dibakar