Degil tak mahu pakai jaket keselamatan, 2 pempengaruh terkenal ditemui mati lemas

Photo of author

By Syima Iza

Degil tak mahu pakai jaket keselamatan, 2 pempengaruh terkenal ditemui mati lemas.

Gara-gara enggan memakai jaket keselamatan kerana bimbang tidak nampak cantik ketika bergambar, dua pempengaruh maut selepas bot laju yang mereka naiki karam di pantai Brazil, baru-baru ini.

New York Post yang memetik laporan media Brazil melaporkan bahawa mangsa, Aline Tamara Moreira de Amorim, 37, dan Beatriz Tavares da Silva Faria, 27, tidak mengendahkan permintaan untuk memakai jaket keselamatan.

Degil tak mahu pakai jaket keselamatan, 2 pempengaruh terkenal ditemui mati lemas

Mereka berbuat demikian ketika menaiki bot untuk pulang ke pantai selepas menghadiri sebuah parti di kapal layar di perairan yang dikenali sebagai Devil’s Throat di Sungai Iguazu, menurut laporan tempatan.

“Ada yang tidak mahu memakainya (jaket keselamatan) kerana mahu berswafoto,” kata Pesuruhjaya Polis Sao Vincente, Marcos Alexandra Alfino.

Degil tak mahu pakai jaket keselamatan, 2 pempengaruh terkenal ditemui mati lemas

Menurut media tempatan, kedua-dua mangsa menaiki bot laju ke pantai bersama empat lagi pempengaruh selepas berpesta di atas kapal layar mewah bersama rakan di luar pantai Sao Paulo pada 29 September lalu.

Kapten bot laju memberitahu polis bahawa dia diarah mengangkut enam pempengaruh, walaupun bot itu hanya mempunyai kapasiti maksimum lima penumpang.

Menurut jurucakap polis tempatan, bot tersebut dibadai ombak dan penumpangnya terhumban ke laut.

Mayat Faria ditemukan oleh bomba maritim Brazil, kata polis. Seminggu kemudian, mayat Amorim ditemukan di Pantai Itaquitanduva.

Baca Lagi:
Jarang nampak warna putih & hijau, ini maksud sebenar 8 warna baju banduan dalam penjara yang ramai tak tahu
Jadi tanda tanya kenapa 5 negara terkenal ini tiada lapangan terbang
Sebenarnya manusia tak boleh hidup tanpa semut, ini 5 peranan besar semut terhadap manusia