Dayana Roza pengsan, tak sedar diri akibat dirempuh ketika selamatkan anak dari slide air.
Pelakon Dayana Roza mengalami detik cemas apabila dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Mersing, Johor selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Percutian Bertukar Tragedi
Menurut Dayana, kejadian itu berlaku ketika dia cuba menyelamatkan anaknya daripada dirempuh oleh seseorang yang turun dari permainan gelongsor air di sebuah pusat peranginan yang mereka diami.
“Percutian keluarga bertukar jadi kemalangan kecil. Sepatutnya selepas makan malam, nak buat kejutan dengan kek untuk ulang tahun Umi, tapi semuanya berlaku dengan sangat pantas.
“Betul orang kata, naluri seorang ibu memang kuat. Tengah sarapan, D rasa tak sedap hati bila tengok Astrid dengan pembantu tengah bermain dekat pantai di kawasan gelongsor air.
“Baru makan omelet tiga suap, D terus berlari ke arah mereka. Nasib baik D sempat tolak Astrid sekuat hati bila tengok orang di atas gelongsor dah tak ada.
“Tapi malangnya, lelaki itu turun dan tepat mengenai kepala D. Tak pasti kena kaki atau siku sebab D menghadap Astrid lepas menolak dia,” kongsinya.
Pengsan dan Tidak Sedarkan Diri
Dayana menjelaskan bahawa akibat rempuhan itu, dia pengsan dan tidak sedarkan diri.
“Lepas terkena, D blackout sekejap. Impaknya sangat kuat, kepala D koyak, darah mengalir tanpa henti, dan D rasa macam nak tidur tapi lawan perasaan itu.
“Mak D buat pertolongan cemas, tapi D mula muntah-muntah dan tangan kebas. Dalam hati D tak henti-henti rasa bersyukur sebab bukan Astrid yang kena, kalau tak, tak tahu apa yang akan berlaku.
“Selepas itu, kami naik bot ke darat dan terus ke hospital di Mersing. Setelah x-ray, doktor kata D perlu dipindahkan ke hospital lain untuk buat CT scan.
“Sampai di KPJ Kluang, mereka x-ray lagi, buat CT scan, bagi painkiller dan D perlu menjalani pembedahan kecil sebab doktor kata tak boleh jahit biasa sebab kulit hilang dan nampak tengkorak,” jelasnya.
Syukur Tiada Kecederaan Serius
Bagaimanapun, Dayana bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius.
“Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang serius. Semalam dah balik, sempat singgah Melaka, makan-makan dengan kepala berbalut.
“Pelancong dari China tengok D pelik, jadi akhirnya D beli topi untuk menutup balutan kepala. Nasib baik dekat tepi kepala, kalau parut jahit ni di tengah dahi, boleh la berlakon watak Harry Potter lepas ni,” coretnya.
Berikut adalah hantaran penuh dari Dayana:
View this post on Instagram