Datuk Seri Vida dilamar individu tak dikenali, peminat teruja nak tahu siapa

Datuk Seri Vida dilamar individu tak dikenali, peminat teruja nak tahu siapa

Datuk Seri Vida dilamar individu tak dikenali, peminat teruja nak tahu siapa. Selepas kontroversi percintaan putus di tengah jalan tahun lalu, usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Seri Vida mengundang teka teki apabila menerima lamaran daripada individu tidak dikenali.

Menerusi hantaran di media sosial, Datuk Seri Vida atau DSV terkejut apabila menerima hadiah dan lamaran daripada individu tersebut yang diberikan melalui pembantu peribadinya.

“Saya dilamar? Siapa yang lamar? Jangan buat kerja gila ya. Perkara ini bukan main-main. Terkejut saya. Bab lamaran ini sensitif. Takut saya,” katanya.

Datuk Seri Vida dilamar individu tak dikenali, peminat teruja nak tahu siapa

Ruangan komen di hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi apabila peminat teruja untuk mengetahui siapa individu yang melamar penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu.

“Untung jadi DSV. Ada sahaja orang melamar dan cuba mendekati. Saya ini tiada orang pun lamar,” komen seorang pengikut.

“Beruntungnya orang itu memiliki DSV. Tolong terima dengan hati terbuka, jangan kecilkan hati insan tersebut,” komen seorang lagi pengikut.

DSV sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Ahmah Iqbal Zulkefli tidak dapat diteruskan selepas mereka dilaporkan berpisah.

Baca Lagi:
Pikat bini orang dan ajak bersetubuh dirumah, bekas pegawai tentera didenda RM6,000
‘Dah cerai pukul pula’ – Keluarga dedah Hafidz Roshdi tumbuk isteri hingga cedera
Majikan ganti pekerja tempatan dengan pekerja asing bakal didenda RM50,000
CATEGORIES