Datuk Seri Vida dedah Cik B belanja lebih RM1 juta sebulan buat netizen terkejut

Photo of author

By Syima Iza

Datuk Seri Vida dedah Cik B belanja lebih RM1 juta sebulan buat netizen terkejut.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida baru-baru ini mendedahkan jumlah perbelanjaan anak-anaknya di sebuah hantaran di laman TikTok.

Dalam video sama, turut didedahkan Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin pernah berbelanja sebanyak RM1 juta pada Julai lalu.

Datuk Seri Vida dedah Cik B belanja lebih RM1 juta sebulan buat netizen terkejut

“Anak mama lagi kaya dari mama sekarang, hasil jual salmon skin ke tu,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, anak kedua Vida, Kacak, enggan menunjukkan baki semasa akaun bank dan berkata, dia lebih gemar menyimpan daripada bebelanja.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan jumlah perbelanjaan Cik B dan Kacak sehingga boleh mencapai sejuta sebulan.

Malah, ada juga yang mengusik ingin berkawan dengan anak-anak Datuk Seri Vida disebabkan kekayaan mereka.

“Kalau tak silap saya, saya pernah tolong Kacak dulu, masa duit dia tak cukup, ingat saya lagi tak Kacak?,” kata Putera.

@datoserividaofficial Oloh anak mama lagi kayo dari mama loni 😱 hasil jual salmon skin ke tu @cikb_havoc66 @KACAK WORLD #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #salmonskincikb #masukfypdong #masukfyppls #fypシ゚viral #foryoupage #masukberandafyp #fypage #gelakdsv ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

“Mak dia tengok anak-anak belanja sejuta macam 100 ringgit je,” kata @Nonameeee.

“Murah rezeki Allah SWT bagi dekat anak-anak DSV. Semoga yang gaji rendah, RM1,500 diluas rezeki,” kata Ayu.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 15,800 tanda suka dan 139 komen.

Baca lagi:
Hingga sekarang saintis tak dapat bongkar 5 misteri dunia yang kekal jadi tanda tanya
“Sabar jelah bang” – Lelaki pujuk isteri sampai jalan jem
“Kita ingat ini ‘filter’ kak, rupanya betul-betul makeup” – Solekan tebal Sharifah Shahirah buat netizen geli hati