Datuk, Datin dicekup jadi ejen amah haram

Datuk, Datin dicekup jadi ejen amah haram

Datuk, Datin dicekup jadi ejen amah haram. Seorang individu bergelar Datuk dan isterinya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana menjalankan kegiatan ejen pembantu rumah asing (PRA) secara haram.

Kedua-dua suspek ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman di Shah Alam, Selangor pada 16 Februari lalu bersama 13 wanita warganegara Indonesia berumur 22 tahun hingga 47 tahun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pasangan suami isteri berusia 66 dan 56 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen kerana disyaki membenarkan mana-mana pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki atau tinggal di dalam premis.

Beliau berkata, siasatan mendapati, kesemua warga asing itu masuk ke negara ini dengan menyamar sebagai pelancong menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS). “Warga Indonesia tersebut akan dibekalkan sebagai pembantu rumah dan juga pekerja pembersihan. “Mereka akan dikenakan bayaran antara RM3,500 hingga RM4,500 seorang sebagai bayaran perkhidmatan mengurus kemasukan yang akan dipotong melalui gaji bulanan. “Dipercayai pasangan itu menjalankan aktiviti mengurus kemasukan dan pembekalan pembantu rumah secara haram bersama-sama ejen yang dikenali dari Indonesia,” katanya menerusi kenyataan akhbar, tadi. Katanya, kesemua warga asing itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan juga kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata, siasatan mendapati, kesemua warga asing itu masuk ke negara ini dengan menyamar sebagai pelancong menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS).

“Warga Indonesia tersebut akan dibekalkan sebagai pembantu rumah dan juga pekerja pembersihan.

“Mereka akan dikenakan bayaran antara RM3,500 hingga RM4,500 seorang sebagai bayaran perkhidmatan mengurus kemasukan yang akan dipotong melalui gaji bulanan.

“Dipercayai pasangan itu menjalankan aktiviti mengurus kemasukan dan pembekalan pembantu rumah secara haram bersama-sama ejen yang dikenali dari Indonesia,” katanya menerusi kenyataan akhbar, tadi.

Katanya, kesemua warga asing itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan juga kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Baca Lagi:
Beruntung lelaki ini, hanya lepak di rumah manakala 3 isterinya bekerja
Kerbau melambung jatuh atas bumbung kereta selepas kena rempuh
Tiada tauliah mengajar agama Islam punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatalkan
CATEGORIES