Datuk dan nenek Zayn Rayyan ditangkap polis

Datuk dan nenek Zayn Rayyan ditangkap polis

Polis telah menahan datuk dan nenek Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin hari ini.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan memaklumkan tangkapan itu dibuat bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun itu.

“Ya, datuk dan nenek, ditangkap dalam jam 2.30 petang hari ini. Mereka ditahan di Subang Bistari.

Datuk dan nenek Zayn Rayyan ditangkap polis

“Permohonan reman ke atas mereka akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya esok,” katanya.

Awal hari ini, peguam mewakili ibu Zayn mendedahkan anak guamnya tidak membuat pengakuan tetapi memberikan keterangan di Mahkamah Majistret.

Peguam Mahmud Jumaat menjelaskan sesi mahkamah itu bertujuan mendengar permohonan polis merekodkan pengakuan bersalah tertuduh di bawah Seksyen 26(1) Akta Keterangan. Bagaimanapun, Mahmud dan seorang lagi peguam yang mewakili bapa Zayn mengemukakan bantahan dalam hal ini.

Katanya, anak guam juga tidak membuat sebarang pengakuan dan perkara itu direkodkan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Kedua-dua ibu bapa dijadual menamatkan tahanan reman esok.

ADS
Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam, 6 Disember tahun lalu.

Mayat mangsa ditemukan oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya. Dia sebelum itu dilaporkan hilang.

Susulan hasil bedah siasat, polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh berdasarkan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Enam bulan kemudian, polis menahan ibu bapanya pada 1 Jun untuk membantu siasatan kes.

Pada 10 Jun, ibunya dibawa ke rumah keluarga mereka untuk lakonan semula peristiwa sejak kanak-kanak berusia enam tahun itu hilang sehingga mayatnya ditemui.

Baca Juga:
Lelaki ‘khatan’ guna kit DIY masuk hospital kerana alat sulit bengkak
Tular lelaki pakai singlet putih buat ‘come back’ ajar karate, mengaku tewas sebab mabuk
Saiz bilik hanya sedepa di hotel Hong Kong, pelancong Malaysia bingung macamana nak solat
CATEGORIES