Datuk 73 tahun kayuh basikal 200 kilometer untuk jumpa cucu dapat simpati orang ramai

Photo of author

By Syima Iza

Datuk 73 tahun kayuh basikal 200 kilometer untuk jumpa cucu dapat simpati orang ramai.

Seorang datuk berusia 73 tahun di Thailand menjadi tajuk berita utama selepas melakukan perjalanan luar biasa dengan mengayuh basikal lebih 200 kilometer hanya untuk meluangkan masa bersama cucu-cucunya, lapor portal berita MSNews hari ini.

Sekumpulan pemberita tempatan terlihat datuk tersebut mengayuh basikal di bawah terik matahari pada waktu petang dan bertanya apa yang sedang dilakukannya.

Datuk 73 tahun kayuh basikal 200 kilometer untuk jumpa cucu dapat simpati orang ramai

“Saya berbasikal untuk berjumpa cucu saya,” kata warga emas itu selepas memperkenalkan dirinya.

Tersentuh dengan semangatnya, mereka bertanya sama ada dia lapar dan menjamunya makan tengah hari yang lazat.

Datuk yang berasal dari Buriram itu menikmati semangkuk mi ayam bersama air tembikai dan berehat seketika.

Prihatin terhadap kesejahteraannya, kumpulan pemberita tersebut mencadangkan supaya perkhidmatan penyelamat dihubungi, agar dia dan basikalnya boleh dibawa pulang dengan menaiki kenderaan.

Pada mulanya, datuk itu menolak dan berkata bahawa destinasinya hanya tinggal 50 kilometer lagi, tetapi pihak berkuasa memutuskan untuk membawanya pulang.

Mereka dengan berhati-hati memasukkan basikalnya ke dalam sebuah trak dan memastikan dia pulang dengan selamat.

Sebaik tiba di rumah, lelaki warga emas itu disambut oleh keluarganya yang sangat berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana memastikan dia kembali dengan selamat.

Isterinya berkata, dia telah mula mengayuh basikal sejak 12 Ogos lalu.

Baca Juga:
Menteri Agama arah Pejabat Mufti WP panggil ‘Raja Bomoh’
Facebook Ustaz Azhar Idrus 2.7 juta followers hilang dari radar
Lelaki rebah sakit jantung terkejut menang jackpot RM18 juta