Siapa yang tidak kenal Cik B, nama sebenarnya ialah Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, yang sering mencuri perhatian orang ramai. Cik B juga dikenali kerana sering menghiburkan ramai dengan video-video kontennya yang dimuat naik di laman media sosial miliknya.
Sebagai anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida, Cik B kelihatan sering meluangkan masa bersama ibunya di rumah. Netizen pasti tidak akan ketinggalan untuk menyaksikan gelagat mereka dalam video bersama. Kini, perniagaan Cik B semakin mendapat perhatian ramai dengan peningkatan jualan dan permintaan yang banyak.
“Belilah Dato, Cik B di Sini, Jangan Risau” – Netizen
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @quputehtomatohq telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen. Video tersebut kini telah mendapat lebih daripada 1.4 juta tontonan, 85 ribu suka, dan 685 komen.
@quputehtomatohq 90 ringgit 😭 #dsv #datoserivida #cikb #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #masukberanda #masukfyp #datoserividafyp #cikbhavoc #masukberandagak ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Dalam video tersebut, terdapat adegan Dato’ Seri Vida (DSV) menelefon Cik B untuk meminta bantuan untuk membayar baju dan beg yang ingin dibelinya.
“Cik B, ma nak beli ni, nak beli baju nak beli beg, Cik B bayarkan untuk mama boleh? Dalam RM 90, RM 90 ribu,” kata DSV.
Ramai netizen teruja melihat video tersebut dan turut mengucapkan tahniah atas kejayaan Cik B. Mereka juga mengakui bahawa rezeki Cik B semakin bertambah kerana kerap membelanjakan ibunya.