Datin yang low profile, setiap kali nak puasa & raya, dia akan kecualikan semua penyewa bayar sewa rumah dia

Photo of author

By Syima Iza

Dengan kadar nilai ringgit yang tidak menentu, ramai yang meluahkan kebimbangan dengan bebanan hidup yang semakin meningkat. Lebih-lebih lagi yang ada anak bersekolah di samping sambutan puasa yang bakal tiba tidak lama lagi.

Seorang pengguna Facebook bernama Aznieha Khamis telah berkongsi tentang kebaikan seorang pemilik rumah sewa yang mengecualikan pembayaran bulanan pada setiap kali bulan puasa dan Hari Raya.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, pemilik rumah sewa yang baik hati ini tidak mengambil bayaran sewa selama dua bulan untuk memberi laluan kepada para penyewa membuat persediaan anak kembali ke sekolah dan sambutan hari raya juga.

Datin yang low profile, setiap kali nak puasa & raya, dia akan kecualikan semua penyewa bayar sewa rumah dia
Gambar hiasan
“Assalamualaikum kepada penyewa-penyewa rumah dan bilik saya, untuk bulan ini dan bulan depan tiada dikenakan bayaran sewa bagi memberi laluan awak semua membuat persiapan anak naik sekolah dan persiapan raya.
“Semoga Allah permudahkna urusan kita semua. Aamiin,” kongsinya di status WhatsApp.

Malah, pemilik rumah sewa yang didakwa sentiasa merendah diri meskipun bergelar Datin. Bukan itu sahaja, Datin ini juga memiliki puluhan buah rumah yang disewakan pada ketika ini.

Hantaran wanita ini telah meraih perhatian netizen yang mana majoritinya sangat tersentuh dengan tindakan pemilik rumah sewa itu yang telah meringankan beban para penyewa lebih-lebih nak dekat sambutan puasa dan raya ini.

Datin yang low profile, setiap kali nak puasa & raya, dia akan kecualikan semua penyewa bayar sewa rumah dia

Datin yang low profile, setiap kali nak puasa & raya, dia akan kecualikan semua penyewa bayar sewa rumah dia

Ramai yang mendoakan individu tersebut agar dimurahkan rezeki dan juga berharap agar lebih ramai orang mengikuti jejak langkahnya. Tidak kurangnya juga, ada yang mengucapkan betapa beruntungnya penyewa yang mendapat pemilik rumah sebaik itu dan berminat menjadi penyewa.

Baca Juga:
“Saya sentiasa berdoa agar Allah mengirimkan seorang suami yang terbaik untuk saya di mata-Nya” – Ameera Khan
“But*h pak hang”- Lelaki berang sebungkus nasi lemak berharga RM33, ini isi dalamnya
Sangat berguna, ini cara mandikan pesakit terlantar, tak perlu bawa ke bilik air