Dasyat betul, 36 saat dah KO! Jojo jaguh remaja Muay Thai negara tumbangkan Tabares tak sampai 1 minit

Photo of author

By Syima Iza

Dasyat betul, 36 saat dah KO! Jojo jaguh remaja Muay Thai negara tumbangkan Tabares tak sampai 1 minit.

Jaguh remaja Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai ‘Jojo’ mencuri tumpuan apabila hanya memerlukan 36 saat mengalahkan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares pada pusingan pertama pertarungan ONE Fight Night 17 di Stadium Tinju Lumpinee di Bangkok, Thailand hari ini.

Dasyat betul, 36 saat dah KO! Jojo jaguh remaja Muay Thai negara tumbangkan Tabares tak sampai 1 minit

Dalam pertarungan itu, Jojo terus menyerang sebaik perlawanan dimulakan dengan melepaskan beberapa tumbukan tepat di muka dan tulang rusuk sehingga lawannya jatuh serta sukar untuk bangun semula bagi meneruskan perlawanan.

Bagi Jojo, kejayaan ini sebagai permulaan dan selepas ini dirinya sedar lebih besar cabaran yang harus dihadapi namun dia sudah bersedia ke arah itu.

“Ia menakjubkan. Saya berada di pentas besar sekarang dan ini adalah permulaan, banyak lagi pertarungan besar akan datang.

“Saya akan ambil masa saya, langkah demi langkah. Nama saya Johan dan dalam bahasa Melayu ia bermakna juara.

“Saya akan meneruskan misi saya untuk menjadi juara termuda One Championship Muay Thai,” katanya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama atlet berusia 17 tahun menewaskan lawannya di bawah seminit.

Jaguh Thailand, Padetsuk Fairtex juga pernah menjadi mangsa Jojo apabila tewas KO pertarungan Flyweight Muay Thai dalam masa 0.16s sahaja sebelum ini.

Baca lagi:
Lelaki ‘Selfish’ dikecam, selamba buka kasut, letak beg di tempat duduk dalam LRT, buat tak tahu bila ditegur orang ramai
Kecoh! Wanita warga asing buat kacau ganggu jemaah solat jumaat, hina Nabi Muhammad di Masjid Jamek
Remaja 13 tahun didakwa liwat sepupu lelaki berusia 6 tahun