“Dari Pilot ke DJ kelab”- Emma Maembong sudah kahwin dengan DJ kelab malam?, ini jawapan Chacha Maembong

Photo of author

By Syima Iza

“Dari Pilot ke DJ kelab”- Emma Maembong sudah kahwin dengan DJ kelab malam?, ini jawapan Chacha Maembong.

Pelakon Chacha Maembong tampil memberi respon selepas wujud dakwaan yang membabitkan kakaknya, Emma, yang didakwa sudah bernikah dengan seorang deejay kelab malam.

Chacha, atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 28, berkata dia tidak tahu menahu mengenai spekulasi itu dan enggan mengulas lanjut. “Macam ni, sejujurnya saya memang tidak tahu tentang gosip itu dan dari mana spekulasi ini boleh timbul.

"Dari Pilot ke DJ kelab"- Emma Maembong sudah kahwin dengan DJ kelab malam?, ini jawapan Chacha Maembong

Saya tak berani nak beri sebarang komen. Sebab saya tak pernah dengar tentang perkara itu, lebih baik saya tidak cakap apa-apa, nanti lain pula jadinya.”

Terdahulu, wujud dakwaan yang mengatakan Emma sudah bergelar isteri buat kali kedua dengan seorang deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

Dakwaan itu mula timbul selepas tersebarnya beberapa foto yang memaparkan Emma dan lelaki tersebut bercuti di luar negara.

Baca Juga:
Wanita hadiah gubahan wang tunai ‘gergasi’ RM31,000 buat suami tercinta
Ramai puas hati lihat penunggang motosikal jatuh ‘Cium’ jalan selepas tak lepas menyelit di lorong tol
Boleh bersara dengan simpanan 1 juta jika gaji permulaan RM1,700 – KWSP