Dakwaan warga Malaysia jadi Bos’ Raja Dadah India yang dicekup adalah tidak benar

Photo of author

By Syima Iza

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan warga Malaysia menjadi ‘bos’ kepada Raja Dadah India yang dicekup Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) negara itu baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Khaw Kok Chin berkata, pihaknya mengesan beberapa laporan berita mendakwa penerbit filem Tamil, Jaffer Sadiq mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan dadah antarabangsa termasuk di Malaysia.

“Portal berkenaan mendakwa aktiviti dadah yang didalangi Jaffer ini diketuai oleh seorang warga Malaysia yang terlibat dalam industri perfileman Tamil.

Dakwaan warga Malaysia jadi Bos' Raja Dadah India yang dicekup adalah tidak benar

“Risikan JSJN setakat ini mendapati dakwaan portal berkenaan tidak tepat kerana tiada sebarang maklumat tentang penglibatan Jaffer dengan mana-mana individu warga Malaysia dalam aktiviti pengedaran dadah di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, PDRM bagaimanapun akan terus menjalankan risikan dan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, PDRM tidak menerima sebarang maklumat berkaitan dakwaan seorang warga Malaysia adalah dalang sebenar di belakang ‘Raja Dadah India’ yang ditahan, Sabtu lalu.

Dakwaan itu dibuat seorang wartawan yang juga pemilik sebuah agensi media di India menerusi wawancara di YouTube seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita tempatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil semakan data mendapati, individu digelar Raja Dadah India yang ditahan pihak NCB India itu tiada dalam mana-mana maklumat pengedaran dadah dalam negara.

Baca Juga:
Bagaimana nak pastikan madu yang dibeli asli atau tiruan? Ini caranya…
Kisah warga emas ini jadi perhatian dunia, hanya minum air coke selama 50 tahun
Pecah 2 rekod dunia, 168 pemilik Lamborghini Malaysia berkumpul di Genting Highlands