Da’i Syed dah dibebaskan ke dari hukuman penjara 10 tahun & 3 sebatan?, Ini kata peguam

Photo of author

By Syima Iza

Da’i Syed dah dibebaskan ke dari hukuman penjara 10 tahun & 3 sebatan?, Ini kata peguam.

Demikian perkongsian terbaru daripada pendakwah selebriti, Da’i Syed di Instagram yang mencetuskan persoalan netizen mengenai keberadaannya selepas mengemukakan rayuan atas pertuduhan merogol seorang wanita lima tahun lalu.

Da’i Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 29, memuat naik beberapa foto bersama anak perempuannya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail, beberapa jam selepas pulang dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Da'i Syed dah dibebaskan ke dari hukuman penjara 10 tahun & 3 sebatan?, Ini kata peguam

Dalam keterangan gambar tersebut, beliau menyatakan usahanya untuk menjadi bapa terbaik buat puterinya yang baru berusia tiga bulan.

Malah, isterinya yang juga seorang pengacara, Hana Ismail, meninggalkan kata-kata manis sebagai tanda penghargaan.

“Tak ada yang boleh ganti tempat baba Fatma,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menimbulkan salah faham dalam kalangan sesetengah pihak yang mempersoalkan bagaimana beliau boleh bebas sedangkan sepatutnya sedang menjalani hukuman penjara.

“Dah dibebaskan ke?” soal seorang pemilik akaun Instagram.

Menurut peguamnya, Amin Othman, kehadiran mereka di mahkamah adalah berkaitan dengan pengurusan kes untuk menfailkan petisyen rayuan, dan kes tersebut akan disambung semula pada 10 Disember depan.

Pada 30 Ogos lalu, Da’i Syed dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas 21 hari, Syed diberi pelepasan sementara daripada menjalani hukuman tersebut pada 20 September oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Penangguhan hukuman itu diberikan sehingga rayuan pendakwah tersebut didengar dan diputuskan.

Sebelum ini, pada 10 Disember 2020, Syed Iqmal mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun ketika itu di bilik sebuah kondominium I-City, Seksyen 7, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019.

Baca Juga:
Ejen rumah diam seribu bahasa selepas lelaki nampak ‘Sesuatu’ bertenggek atas tangga dalam iklan rumah
Fazura nyanyi lagu terbaru secara ‘Live’ dan solo di Indonesia, komen Sharnaaz Ahmad pula jadi perhatian
Bayi perempuan menangis ditemui atas loteng rumah, penduduk syak ‘anak kuntilanak’