Dah menderma darah sebanyak 99 kali, pelakon Azhan Rani dipuji peminat

Photo of author

By Syima Iza

Dah menderma darah sebanyak 99 kali, pelakon Azhan Rani dipuji peminat.

Pelakon, Azhan Rani yang terkenal dengan watak Ustaz Madi dalam drama Nur telah menerima pujian daripada peminat-peminat industri hiburan tanah air apabila pelakon drama Khunsa itu berkongsi di Instagram bahawa dia telah menderma darah sebanyak 99 kali.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azhan Rani memuat naik gambar sedang memegang beg darah. Namun, difahamkan darah tersebut berwarna kuning kerana ia merupakan darah platelet dan plasma yang telah diasingkan dari darah merah menggunakan mesin.

Dah menderma darah sebanyak 99 kali, pelakon Azhan Rani dipuji peminat

Difahamkan juga, Azhan Rani akan menderma darahnya lagi dalam masa dua minggu untuk menggenapkan 100 beg darah dermaannya.

Pelakon yang berusia 48 tahun ini juga berkongsi bahawa terdapat seorang penderma darah yang telah menderma darah sebanyak 800 kali menurut Pusat Darah Negara.

Dalam perkongsian itu, Azhan turut mengajak orang ramai untuk turut serta menderma darah bagi membantu pesakit yang memerlukan.
Ini kerana, secara purata, sebanyak 2000 beg darah diperlukan setiap hari untuk membantu pesakit di seluruh negara.

Azhan juga menjelaskan bahawa tujuan dia membuat perkongsian itu bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya untuk mengajak orang ramai menderma darah.

Untuk pengetahuan semua, had umur menderma darah ialah sehingga anda berusia 70 tahun dan perlulah mempunyai tubuh badan yang sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Baca Lagi:
Tular khabar angin Tengku Zafrul bakal sertai PKR, ini respon Pengerusi UMNO Selangor
Ini kos dan anggaran keuntungan buka kedai dobi yang ramai tak tahu
‘Demi content’ wanita main banjir nyaris lemas