Dah makan nak bungkus pula! Makcik bertekak dengan pekerja katering nak ‘tapau’ lauk kenduri

Dah makan nak bungkus pula! Makcik bertekak dengan pekerja katering nak ‘tapau’ lauk kenduri

Dah makan nak bungkus pula! Makcik bertekak dengan pekerja katering nak ‘tapau’ lauk kenduri.

Satu rakaman video seorang tetamu kenduri bertekak dengan pekerja katering kerana enggan membenarkannya membungkus dan membawa pulang lauk yang disediakan, tular di media sosial.

Rakaman video berdurasi 44 saat itu turut memperlihatkan wanita tersebut membawa sendiri bekas makanan dan memberikannya kepada pekerja katering untuk diisi lauk kenduri.

Dah makan nak bungkus pula! Makcik bertekak dengan pekerja katering nak 'tapau' lauk kenduri

Permintaannya kira-kira pukul 10.30 pagi itu bagaimanapun ditolak oleh pekerja katering dengan baik atas alasan majlis baru bermula.

“Dia orang kan (penganjur kenduri) dah bayar. Makcik nak dua, tiga jenis lauk saja,” kata wanita tersebut.

Pekerja katering namun memberitahu, mereka tidak dimaklumkan oleh tuan rumah supaya membungkus makanan untuk mana-mana tetamu.

“Tak boleh makcik. Kalau dah akhir-akhir (kenduri) bolehlah bungkus. Kami tidak dimaklumkan apa-apa oleh tuan rumah. Pengurus kami pun tak cakap apa-apa.

@wan_takaful Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ❗️ #fypシ #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

“Kami tidak boleh buat sesuka hati. Nanti kita orang yang kena. Kami boleh saja ‘tapaukan’, tapi sekarang baru nak mula,” kata pekerja tersebut.

Insiden itu menjadi bahan bualan netizen apabila ramai membidas sikap wanita tersebut yang disifatkan sebagai tidak malu dan tidak beradab.

“Aku cukup meluat jenis ini. Jenis tak tahu malu, tiada adab. Majlis tak habis lagi galak nak ‘tapau’ makan. Dapat pada aku, memang aku ‘semboq’ depan muka,” kata Bella Ayob.

Maeriam Maeriam pula berkata, tetamu dijemput untuk makan di majlis kenduri, bukan untuk membungkus dan membawa pulang makanan.

“Tuan rumah jemput makan kenduri. Bukan suruh tapau sekali. Pelik betul jenis tak malu macam ini,” katanya.

Baca Lagi:
Pasangan pengantin cetuskan kebakaran di Bukit Teletubbies minta maaf
Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, saya takkan tarik balik gelaran ‘penyondol’ untuk budak ini – Fauziah Sarman
“Setakat RM8 hang tu aku tak heran, customer aku ramai lagi” – Pekedai mengamuk campak duit RM8 selepas kena tegur tiada adab
CATEGORIES