Dah lama tak dapat nafkah zahir batin, wanita jaga suami strok 8 tahun nekad bercerai.
Menguruskan orang sakit memang tidak mudah, terutama bagi pasangan yang masih muda.
Begitulah kisah seorang isteri yang meluahkan bahawa dia sudah lama tidak menerima nafkah zahir dan batin sejak suaminya ditimpa masalah kesihatan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, peguam yang dikenali sebagai Naim itu berkongsi kisah seorang isteri yang tekad untuk bercerai selepas lapan tahun berada di samping suami.
Ujar si isteri, dia penat menguruskan suami yang sakit akibat strok.
“Suami saya sakit strok. Dia tak boleh uruskan diri sendiri, semua saya yang uruskan.
Lapan tahun saya jaga suami, saya rasa dah penat.
Lagipun, saya dah lama tak dapat nafkah zahir dan batin.”
Walau bagaimanapun, si isteri mengakui bakal bertunang dengan pasangan pilihan hati sejurus kes penceraian bersama suami selesai.
“Tak semua mampu jaga orang sakit,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan tanggungjawab isteri terbabit yang menjaga suami terlantar sakit selama lapan tahun tanpa jemu. Selain itu, warganet tidak mempersoalkan keputusannya untuk berkahwin lain kerana mereka tidak diuji sedemikian.
@peguamsyarienaim Dari kisah benar… #peguamsyariekelantan #peguamsyarieperak #peguamsyariekotabharu #istericurang #ceraimuda ♬ Ketika Cinta Bertasbih Piano – DNP