“Dah jadi model pulak dah” KJ dilantik model Elrah Exclusive buat ramai teruja

Photo of author

By Syima Iza

Melihatkan trend di mana jenama pakaian tradisional melantik pempengaruh tempatan sebagai model demi melariskan jualan koleksi pakaian lebaran masing-masing, jenama Elrah Exclusive nampakkan berada setapak di hadapan apabila melantik bekas Menteri Belia & Sukan negara, YB Khairy Jamaluddin sebagai model terbarunya.

Menerusi perkongsian video-video pendek kempen raya mereka di media sosial, Khairy dapat dilihat menggayakan beberapa set pakaian Baju Melayu dalam beberapa rona termasuklah rona krim, ungu, merah jambu dan biru laut bersama samping bervariasi warna.

Menurut pengasas Elrah Exclusive iaitu El Azman, tindakan ‘berani’ untuk melantik Khairy itu adalah sebahagian daripada strategi mereka untuk mencipta fenomena Baju Melayu jenama berkenaan.

"Dah jadi model pulak dah" KJ dilantik model  Elrah Exclusive buat ramai teruja

Beliau dalam ayat berkias juga menyatakan peluang tersebut telah lama diharapkannya dalam dimaterialisasikan dalam salah satu hantaran video yang menunjukkannya berpelukan mesra dengan Khairy sebelum ahli politik itu beransur pulang.

“Matlamat ibarat peluru dalam pistol. Bila sudah tekad hanya tekan picu boom!
“Matlamat kita laksana tanpa fikir apa kata orang yang menghalang kita untuk menarik picu tersebut untuk menuju ultimate goal kita sendiri,” catatnya.

Meninjau ke ruangan komen pula, warganet menyambut baik perlantikan Khairy dan sesetengahnya menyifatkan beliau sebagai seorang insan yang mempunyai pelbagai bakat termasuklah sebagai ahli politik, penyampai audio siar (podcast), penyampai radio di Hot FM dan kini sebagai model.


Why not? Khairy pun sememangnya tinggi lampai dan mempunyai rupa paras menarik!

“Aku tak kira, tahun ni tema ikut warna baju yang KJ pakai!”

“Dah jadi model pulak dah, semua dia caras weh. Talented bethol.”

“Sebab ni saya nak beli Elrah tahun ni.”

“Walaupun aku bukan fan KJ tapi memang padu Elrah kali ini.”

“Alamak. Sebab KJ rasa nak beli terus.”

“Habislah, gelombang baju KJ lepas ni. Mau laki aku tag aku satgi ni.”

“Tak boleh cari makan weh influencer, semua habis KJ tapau.”

Baca Juga:
Penerbangan ditunda 4 jam gara-gara lelaki lempar syiling pada enjin pesawat
Kisah warga emas ini jadi perhatian dunia, hanya minum air coke selama 50 tahun
“Aku tengah mengandung, kau sentuh-sentuh aku” – Cashier mengandung lebam muka ditumbuk pelanggan wanita buat laporan polis