‘Dah cerai pukul pula’ – Keluarga dedah Hafidz Roshdi tumbuk isteri hingga cedera

‘Dah cerai pukul pula’ – Keluarga dedah Hafidz Roshdi tumbuk isteri hingga cedera

‘Dah cerai pukul pula’ – Keluarga dedah Hafidz Roshdi tumbuk isteri hingga cedera. “Ya, kakak saya ditumbuk oleh suaminya.”

Demikian pendedahan seorang ahli keluarga Nurul Shuhada iaitu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi mengesahkan wanita itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Menurut individu yang enggan namanya identitinya didedahkan, kejadian tersebut berlaku di dalam kereta berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh namun tidak mengalami kecederaan yang kritikal.

'Dah cerai pukul pula' - Keluarga dedah Hafidz Roshdi tumbuk isteri hingga cedera

“Saya difahamkan pergelutan berlaku antara mereka di dalam sebuah kereta berhampiran lokasi tersebut.

“Shuhada ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka dan ahli keluarga lain terus membawanya ke balai polis untuk buat laporan serta ke hospital mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, keadaan Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri setakat ini masih baik dan dibenarkan pulang untuk berehat di rumah.

“Alhamdulillah keadaannya stabil cuma lukanya perlu dijahit dan dinasihatkan berehat di rumah.

'Dah cerai pukul pula' - Keluarga dedah Hafidz Roshdi tumbuk isteri hingga cedera

“Selain itu, Shuhada juga melakukan rawatan lanjut bagi mengenal pasti tiada sebarang kecederaan serius berlaku seperti patah berlaku.

“Cuma, dia kini terkesan dengan apa yang berlaku,” ujarnya.

Hari ini, pihak polis dilaporkan menerima sebuah laporan polis mengenai pelakon lelaki yang didakwa menumbuk isterinya sekitar pukul 6.30pagi tadi.

Sebelum ini, Shuhada telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada Isnin lalu.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Shuhada menjadi bualan ramai selepas mendakwa diganggu pihak ketiga.

Kemuncak kemelut rumah tangga mereka apabila Hafidz dikatakan telah melafazkan talak satu terhadap Shuhada menerusi panggilan telefon disaksikan oleh ahli keluarga.

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang berusia dua tahun.

Baca Lagi:
Fasha Sandha cedera parah di mata ketika penggambaran
Lelaki cabut lari tinggal daun ketum 500 kg dalam kereta lepas kemalangan
‘Tak masuk akal’ – Warga asing kenakan caj parkir RM10 tepi jalan di Zoo Negara
CATEGORIES