‘Dah bayar parkir sampai 4.12 petang, kena saman pukul 4.11’ – Pengguna pertikai tindakan pihak berkuasa PBT.
Seorang pengguna meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dirinya telah disaman oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun telah membayar caj parkir.
Menerusi perkongsian di aplikasi X, pengguna yang dikenali sebagai @umthisisnotit mendakwa kejadian tersebut berlaku semalam di sebuah kawasan di sebuah negeri.
Menurut individu berkenaan, dia telah membayar parkir sehingga pukul 4:12 petang, namun malangnya disaman oleh PBT pada pukul 4:11 petang.
“Aku punya parkir sampai 4:12 petang, dia pergi saman pukul 4:11. Tapi bila aku nak bayar parkir untuk dua jam, dia (PBT) kata tak boleh sebab lebih dari pukul 5 petang,” luahnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna turut berkongsi pengalaman serupa menjadi ‘mangsa’ PBT di kawasan masing-masing.
“Saya pulak pernah kena saman pada hari cuti umum. Padahal dalam laman web (website) pun terang-terang kata cuti umum tak perlu bayar parkir.
“Bila telefon pihak perbandaran, mereka kata boleh saman bila-bila masa,” dakwa @dreamyumi.
Seorang lagi pengguna, @Ebelle85, turut meninggalkan komen.
“Saya pernah kena, tengah nak bayar parkir tiba-tiba dapat saman. Padahal dia nampak saya baru parkir. Pegawai tu cakap kira tak bayar parkirlah, saya cakap baru parkir dan tengah bayar dah kena saman,” katanya.
sorry for my language tapi apa kelancaunya mbs ni? aku punya parking sampai 4:12pm. dia pergi saman time 4:11. tapi bila aku nak bayar parking for 2 hours dia kata takboleh sbb dah lebih dari 5pm.
msia ni apasal serabut sangat eh? system belalah duit ke
siap ada saksi mcm buto pic.twitter.com/UyqOVJIfMz
— ⋆ ☽ ⋆ ˎ ✧· (@umthisisnotit) November 12, 2024