‘Dah 10 tahun berkhidmat, ini kali pertama saya lihat pasangan senyum sebab kes khalwat’ – Staf agensi agama

Photo of author

By Syima Iza

Seorang individu dipercayai kakitangan agensi agama meluahkan rasa hairan apabila melihat gelagat selebriti yang tersenyum lebar dan seolah-olah gembira ketika hadir ke mahkamah atas pertuduhan khalwat.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik di media sosial oleh individu yang dikenali sebagai Ajak, itu merupakan situasi kali pertama sepanjang berkhidmat sejak 10 tahun lalu.

“Sepanjang berkhidmat di agensi agama lebih 10 tahun belum pernah lagi saya melihat kes tangkapan khalwat melibatkan pasangan apabila didakwa di mahkamah dia dalam keadaan senyum dan seronok.

'Dah 10 tahun berkhidmat, ini kali pertama saya lihat pasangan senyum sebab kes khalwat' - Staf agensi agama

“Seronok berjumpa dengan kawan-kawan media katanya sampai lupa ini kes tangkapan khalwat,” katanya.

Terdahulu, pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies hadir di mahkamah untuk prosiding bacaan pertuduhan kes khalwat. Dalam prosiding itu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah.

Pada hari sama, Ruhainies dikecam warganet kerana didakwa tidak sensitif apabila hadir ke mahkamah dengan tersenyum lebar.

'Dah 10 tahun berkhidmat, ini kali pertama saya lihat pasangan senyum sebab kes khalwat' - Staf agensi agama 'Dah 10 tahun berkhidmat, ini kali pertama saya lihat pasangan senyum sebab kes khalwat' - Staf agensi agama

Jelas Ruhainies ketika itu, dia tidak pandai berpura-pura atau sengaja berlakon menangis di hadapan kamera.

Mengimbas semula, pada 9 Mac lalu, media melaporkan Aliff ditangkap khalwat bersama Ruhainies di kondominium mewah yang terletak di ibu negara.

Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah, bercerai pada 13 Jun di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Baca Juga:
‘Amoi’ mahu pilih calon suami bergaji rendah raih pujian ramai
‘Melihat pun dah sakit, inikan pula tulis nama anaknya di kubur’
Bekas suami ‘Haji Bakhil’, sanggup simpan semua resit belanja anak sendiri