Cuci cermin guna suratkhabar tapi masih tak berkilat? Ini cara yang betul yang masih ramai tak tahu.
Cara cuci cermin menggunakan surat khabar merupakan antara teknik popular dan menjadi pilihan ramai. Walau bagaimanapun, anda perlu ketahui beberapa tips agar cermin lebih berkilat dan kotoran tidak melekat.
Perlu diingatkan jangan sesekali mencuci cermin dengan menggunakan air biasa dan surat khabar sahaja. Hal ini kerana akan menyebabkan cermin bertompok-tompok dan meninggalkan kesan yang tidak diingini.
CARA CUCI CERMIN GUNA SURAT KHABAR DENGAN BETUL
Jadi, cuci cermin guna surat khabar perlu dicampurkan dengan 3 pilihan di bawah.
1. Cuka putih
Selain digunakan dalam masakan, cuka juga boleh mengilatkan cermin rumah. Caranya adalah:
– Campurkan satu sudu cuku ke dalam air suam.
– Kacau sehingga sebati dan tuang ke dalam botol semburan.
– Sembur larutan cuka pada cermin rumah dan gunakan surat khabar untuk membersihkannya.
Kaedah ini bukan sahaja untuk cermin di rumah tetapi tingkap kereta juga boleh. Barulah berkilat macam baru beli!
2. Sabun cuci pinggan
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu:
- 4 cawan air panas
- 1/2 cawan sabun cuci pinggan
- Besen
- Surat khabar lama
– Campurkan sabun cuci pinggan dan air panas ke dalam besen.
– Celupkan sekeping surat khabar dan gunakan untuk membersihkan cermin yang kotor.
– Setelah kotoran hilang, gantikan kertas lembap dengan surat khabar kering untuk membersihakan larutan.
Dengan melakukan cara ini, cermin rumah pasti berkilat-kilat dan tiada lagi kotoran atau debu melekat.
3. Cara cuci cermin – guna air tapis
Masih ramai lagi tidak tahu sebenarnya mencuci cermin menggunakan air paip boleh menyebabkan bertambah kotor dan tidak berkilat.
Jadi, anda digalakkan untuk menggunakan air tapis sekiranya mencuci cermin agar permukaan kaca tidak meninggalkan sebarang kotoran selepas kering.
Itu sahaja tiga cara mencuci cermin menggunakan surat khabar dengan betul. Tak perlu sental lama-lama, confirm cermin berkilat!