Cubaan samun gagal, lelaki cekik leher pemandu wanita dikejar orang awam.
Seorang lelaki menegur dan memberitahu seorang wanita kononnya tayar kereta dipandu pancit sebelum cuba menyamun mangsa di tempat letak kenderaan di Jalan Pelabuhan Tawau, di sini, hari ini.
Tindakan itu bagaimanapun disedari orang awam yang kemudian tampil membantu mangsa wanita berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata susulan laporan dibuat mangsa berumur 32 tahun itu, pihaknya kini giat mengesan suspek.
Katanya, dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa didatangi lelaki tidak dikenali ketika mahu masuk ke dalam kereta sebelum menegur dan mengatakan tayar kereta wanita itu pancit. “Dia kemudian tiba-tiba mencekik leher wanita itu dan cuba mengambil barangan berharga milik mangsa tetapi gagal.
Kejadian itu disedari orang awam dan ada antara mereka merakam video guna telefon bimbit.
Kes Ragut Di Bandar Tawau.
Tiada info lanjutSumber ApakesTAwau pic.twitter.com/GkealKHgA2
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) July 21, 2024
“Suspek kemudian melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini dan memaklumkan kejadian tular itu disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.