Cuba ambil baju tersangkut di balkoni, pelajar universiti maut terjatuh dari tingkat 34 kondominium di Kampung Bahru

Cuba ambil baju tersangkut di balkoni, pelajar universiti maut terjatuh dari tingkat 34 kondominium di Kampung Bahru

Cuba ambil baju tersangkut di balkoni, pelajar universiti maut terjatuh dari tingkat 34 kondominium di Kampung Bahru.

Seorang pelajar universiti tempatan berusia 18 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 34 dari sebuah kondominium di Kampung Bahru, ibu negara pada malam Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 8.17 malam.

Cuba ambil baju tersangkut di balkoni, pelajar universiti maut terjatuh dari tingkat 34 kondominium di Kampung Bahru

“Pada 26 Disember 2023, jam lebih kurang 8.17 malam, DCC IPD Dang Wangi telah terima panggilan MERS 999 daripada seorang pengadu menyatakan seorang lelaki telah terjatuh dari Aras 34, Bangunan Residensi, Jalan Raja Abdullah , Kg Bahru, Kuala Lumpur,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Jelas Noor Dellhan, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai cuba mengambil baju yang tersangkut di kaki lima balkoni di tingkat 34.

Dua saksi kejadian menyatakan mangsa bertindak memanjat sebuah meja dan pagar balkoni sebelum hilang imbangan badan dan terjatuh.

“Kejadian berlaku di aras 34 dan terdapat 4 buah rumah sahaja di setiap aras dan tempat kejadian merupakan perumahan kondominium 39 tingkat.

“Dua orang saksi kejadian menyatakan semasa kejadian simati telah memaklumkan ingin mengambil sehelai tshirtnya yang terjatuh di kaki lima balkoni rumah.

“Si mati telah bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni tersebut. Si mati hilang keseimbangan dan telah terjatuh ke bawah,” katanya lagi.

Mayat mangsa dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Baca juga:
Jurusaji tiba-tiba ‘lesap’ saat akhir, sekeluarga terpaksa masak sendiri di majlis perkahwinan
Jutawan beri ‘elaun’ kepada isteri RM1.4 juta setiap kali hamil
Kanak-kanak 5 tahun cedera parah diserang lebih 30 ekor kera di Kuala Krai
CATEGORIES