Cristiano Ronaldo terima hadiah kereta Rolls-Royce bernilai RM1.6 juta dari kekasih

Cristiano Ronaldo terima hadiah kereta Rolls-Royce bernilai RM1.6 juta dari kekasih

Cristiano Ronaldo terima hadiah kereta Rolls-Royce bernilai RM1.6 juta dari kekasih. Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dihadiahkan sebuah kereta Rolls-Royce serba baharu sempena Krismas oleh pasangannya, Georgina Rodriguez, lapor akhbar Daily Star semalam.

Bekas pemain kelab Manchester United itu terkejut menerima kenderaan tersebut dengan cat yang masih berkilat pada pagi Krismas lalu.

Rodriguez, 28, menghiasi kereta tersebut dengan reben merah terang sebagai hadiah kepada Ronaldo, 37, yang pernah memenangi anugerah pemain bola sepak terbaik Ballon d’Or sebanyak lima kali.

Selepas tular roti canai janda, kini roti canai 'Anak dara' pula memikat selera

Pada mulanya, Rodriguez membawa Ronaldo pergi ke sebuah taman, di mana kereta mewah yang dianggarkan berharga ÂŁ300,000 (RM1.6 juta) itu diparkir sebelum mendedahkan hadiah itu di hadapan anak-anak mereka.

Ronaldo berharap kegembiraan pada perayaan Krismas kali ini dapat dibawa ke Tahun Baharu 2023 yang mana dia akan mencari kelab baharu selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan.

Baca Lagi:
Pemain bola sepak kelab Palestin mati ditembak tentera Israel
Jakpot! Lelaki temui permata bernilai RM13.8 juta, ini yang dilakukan dari hasil tersebut…
Budak perempuan terkejut, loya tergigit cicak hidup dalam aiskrim
CATEGORIES