Cristiano Ronaldo pecah rekod dunia, selepas 4 jam buka akaun YouTube cecah 4 juta langganan.
Cristiano Ronaldo membuka akaun YouTube miliknya malam tadi, dan dalam masa kurang daripada 90 minit, dia sudah memiliki lebih sejuta langganan.
Ini sekali gus memecahkan rekod dunia bagi langganan terbanyak yang diperoleh dalam tempoh sejam.
Platform baru Ronaldo ini dibuat untuk memberikan peminat gambaran sekilas mengenai kehidupan yang dijalaninya bersama pasangannya, Georgina Rodriguez.
Dalam salah satu video pertama mereka, pasangan ini mendedahkan beberapa rahsia mereka melalui permainan Mr and Mrs.
Ronaldo juga berkongsi beberapa minatnya dalam video lain, memberikan pandangannya tentang NFL lawan NBA, tinju lawan UFC, dan Rafael Nadal lawan Novak Djokovic.
Dalam masa empat jam, saluran barunya itu telah mencapai lebih empat juta langganan.