Cleaner jumpa duit syiling tahun 1930 berharga RM177,200 sekeping semasa bersihkan rumah majikan

Cleaner jumpa duit syiling tahun 1930 berharga RM177,200 sekeping semasa bersihkan rumah majikan

Cleaner jumpa duit syiling tahun 1930 berharga RM177,200 sekeping semasa bersihkan rumah majikan. Seorang pencuci dilaporkan telah menemui syiling lama dipercayai berasal dari tahun 1930-an yang bernilai RM177,200 ($40,000) sewaktu membersihkan rumah.

Memetik Daily Mail, Charlotte Bosanquet, 20, bersama pasukannya dari Care Cleaning Services Sydney ketika itu sedang membersihkan lantai rumah seorang wanita.

Dia secara kebetulan menemui syiling itu bersama surat khabar pada tahun 1930 sewaktu membersihkan karpet.

Cleaner jumpa duit syiling tahun 1930 berharga RM177,200 sekeping semasa bersihkan rumah majikan

Perkara itu turut dikongsikannya dalam satu hantaran video di TikTok.

“Sewaktu kami mengangkat karpet ini, saya sedar rumah ini menyimpan banyak sejarah. Tambahan lagi, penghuni rumah tinggal di sini sepanjang hayatnya.

“Kami menjumpai banyak surat khabar dan syiling bernilai sehingga RM177,200 ($40,000),” katanya.

Video berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial. Namun, sesetengahnya mendakwa dia telah mengambil duit itu daripada pemilik rumah.

Difahamkan, duit berkenaan merupakan salah satu syiling paling jarang dilihat di Australia. Hasil kajian yang dilakukan oleh Charlotte, hanya 1,500 kepingan syiling sahaja dikeluarkan pada tahun 1930 susulan kemelesetan ekonomi.

Menurut laporan portal ABC, syiling itu mempunyai keluaran terendah sepanjang pemgeluaran syiling Australia.

Ketua Seni Halus dan Mewah di Lloyds Auctioneers and Valuers Amanda Benson berkata syiling itu pada awalnya tidak dikeluarkan.

“Ia diedarkan hanya selepas pasaran saham jatuh pada tahun 1929. Apa yang istimewanya, ia tidak pernah dirancang untuk diedarkan ke orang awam,” katanya.

@carecleaningservicessyd A glimpse into a hoarder’s mind 🙌🏼💌 #fyp #fypシ #cleantok #hoarderclean #spreadawareness #deepclean #history #understanding ♬ original sound – follow me,im cool 💋

Tambahnya, syiling itu mula menjadi kegilaan pengumpul selepas ia dihapuskan secara berperingkat. Dari segi luaran, syiling bersejarah itu menampilkan Raja George V, Datuk Ratu Elizabeth II.

Sehingga ini, ia menjadi salah satu syiling yang dijual di laman web koleksi syiling dengan harga bernilai RM126,000 ($28,500). Pada tahun 2022, seorang lelaki dilapor membeli syiling itu pada harga RM265,000 ($60,000).

Terdahulu, sepucuk surat yang dipercayai berusia melebihi 100 tahun akhirnya berjaya dihantar, lapor BBC News.

Difahamkan, surat berkenaan disyaki ditulis sebelum Perang Dunia Pertama pada Februari 1916. Ia selamat sampai pada 2021 di di flat Finlay Glen di Hamlet Road, Crystal Palace.

Baca Lagi:
Pengendali pasar raya Giant akan henti beroperasi di Malaysia
Mak mertua tuduh bagi suami nasi ‘kangkang’ sebab tak belikan dia emas, siap post kat media sosial
Pesara jadi jutawan sekelip mata, menang cabutan utama BIMB bernilai RM1 juta
CATEGORIES