‘Cleaner’ ini guna duit hasil juah tanah untuk wakaf dua mesin dialisis bernilai RM80K undang ramai sebak

‘Cleaner’ ini guna duit hasil juah tanah untuk wakaf dua mesin dialisis bernilai RM80K undang ramai sebak

‘Cleaner’ ini guna duit hasil juah tanah untuk wakaf dua mesin dialisis bernilai RM80K undang ramai sebak. Sebuah perkongsian di Facebook baru-baru ini telah membuatkan ramai yang merasa sebak. Menerusi perkongsian tersebut, pengguna berkenaan mendedahkan yang pelanggannya adalah seorang tukang cuci atau cleaner di sebuah pusat dialisis yang dikenali sebagai Kali.

Difahamkan, pengguna akaun Facebook yang dikenali sebagai Izhar Azimat adalah ejen penjual tanah kepada pekerja cleaner berkenaan sejak tahun lalu lagi dan cleaner tersebut hanya ingin menggunakan wang yang diperoleh daripada hasil jual beli tanah itu untuk dibuat belanja.

“Dia tidak ada kereta. Dia ada motor pergi kerja, motor pergi kedai dan juga motor pergi makan angin.

'Cleaner’ Ini Guna Duit Hasil Juah Tanah Untuk Wakaf Dua Mesin Dialisis Bernilai RM80K undang ramai sebak

“Saya tanya, ‘nak buat apa duit jual tanah?’… Dia kata nak buat belanja. Dia juga nak beli mesin dialisis dua biji, nak wakafkan di pusat dialisis tempat dia bekerja”, tulisnya.

Menerusi perkongsian lelaki tersebut menunjukkan cleaner tersebut berjaya membeli mesin dialisis yang mencecah RM80,000 menggunakan wang hasil menjual tanah berkenaan.

Rata-rata komen netizen juga turut memberikan reaksi positif dan memuji kemuliaan hatinya untuk bersedekah kepada pesakit di pusat dialisis.

Baca Lagi:
Lelaki temui wang lama berjumlah RM245,000 ditanam dalam dinding rumah
Duit terlampau banyak simpan dalam stor, warga emas terpaksa panggil jiran tolong kirakan
Wanita tertekan, dipaksa layan nafsu suami ketika waktu bekerja guna ‘video call’
CATEGORIES