Cinta berbeza negara, lelaki Turkiye sanggup datang berkahwin dengan kekasih di pendalaman Maluku.
Seorang warga Turkiye menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan rakyat Indonesia di Pulau Taliabu, wilayah Maluku Utara, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dheni_88, lelaki itu dilihat melafazkan akad nikah dalam bahasa Indonesia sambil memegang erat tangan bapa pengantin perempuan.
Orang ramai bertepuk tangan dan bersorak selepas akad nikah itu dilafazkan dengan sempurna, sementara ada yang sibuk merakam detik manis tersebut menggunakan telefon bimbit.
“Cinta berbeza negara, lelaki dari Turkiye sanggup datang untuk menemui dan berkahwin dengan kekasihnya di Taliabu, Maluku Utara,” tulis keterangan video itu.
Rakaman tersebut menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
@8dhenni8 #jangkauanluas #taliabumalukuutara #viralvideo #bigonthesmallscreen #fypシ #browniestranstv #pagipagiambyarttv #insertv #browniestranstv #Silet ♬ You are the reason by Frank Johnson Smith – Frank🎵❤️
“Ini adalah bukti bahawa lelaki tidak pernah memandang wanita dari segi fizikal,” kata seorang netizen.
“Saya juga mahukan suami dari Turkiye,” kata netizen lain.
@8dhenni8 #semuaorang #jangkauanluas #taliabumalukuutara #viralvideo #bigonthesmallscreen #fypシ #pagipagiambyarttv #insertv #browniestranstv #Silet #viralditiktok ♬ suara asli – Dhenni_88