Cincin tersekat di kemaluan, warga emas datang sendiri ke hospital minta bantuan

Photo of author

By Syima Iza

Cincin tersekat di kemaluan, warga emas datang sendiri ke hospital minta bantuan. Seorang lelaki warga emas terpaksa menahan kesakitan selama hampir 10 minit bagi mengeluarkan cincin yang tersekat di kemaluannya, di Hospital Kuala Kangsar, di sini, pada Jumaat.

Difahamkan mangsa yang berusia 72 tahun itu datang sendiri ke hospital tersebut bagi meminta bantuan mengeluarkan cincin berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.41 malam.

 Cincin tersekat di kemaluan, warga emas datang sendiri ke hospital minta bantuan

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki dipercayai tersangkut cincin di kemaluannya.

“Komander operasi kemudiannya mengarahkan anggota menggunakan pemotong cincin bagi memotong cincin tersebut.

“Kerja mengeluarkan cincin itu mengambil masa kira-kira hampir 10 minit,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saiful Hanif Mahmad Ayub itu tamat pada jam 8.07 malam.

Baca Lagi:
Lima penunggang ‘Superbike’ parah kemalangan di Lebuh Raya Karak
Langgar lampu isyarat merah, Perodua Axia terbakar dalam kemalangan
Lelaki pakai telekung curi beg jemaah tengah sembahyang dicekup