Bila tiba Hari Guru, pastinya pelajar mahu memberikan hadiah istimewa buat guru mereka.
Tidak kira harga atau apa sahaja pemberian itu, pastinya dihargai oleh guru.
Seorang pelajar lelaki memberikan kelainan pada tahun ini dengan menghadiahkan rotan kepada semua guru sekolahnya.
Dengan muka yang penuh selamba, pelajar itu membawa rotan dan memberikan kepada semua guru. Guru-guru juga turut terkejut malah sudah bersedia untuk menggunakan rotan itu sebaik mungkin.
Pastinya ini adalah idea ibu bapa pelajar itu yang mahu guru sekolah mendisiplinkan pelajar dengan lebih tegas.
Bukan pemberian itu bertujuan menakutkan pelajar lain tetapi sebagai simbolik rasa hormat dan disiplin kepada pelajar.
Rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pendapat masing-masing pada video itu.