Cikgu sunting wajah anak murid guna AI, ‘hidupkan’ cita-cita mereka raih perhatian ramai

Photo of author

By Syima Iza

Cikgu sunting wajah anak murid guna AI, ‘hidupkan’ cita-cita mereka raih perhatian ramai.

Seiring dengan perkembangan zaman, kecerdasan buatan (AI) telah menjadi teknologi penting yang membawa perubahan besar kepada pelbagai aspek kehidupan manusia.

AI bukan sahaja merevolusikan bidang teknologi, malah memberi impak positif yang merentas pelbagai bidang seperti dunia perubatan dan pertanian.

Cikgu sunting wajah anak murid guna AI, 'hidupkan' cita-cita mereka raih perhatian ramai

Sebagai orang awam, kita juga boleh memanfaatkan perkembangan AI untuk tujuan kebaikan. Antaranya, menghasilkan kandungan kreatif seperti gambar, lukisan, artikel, dan video yang dapat memacu kemajuan bersama.

Guru Gunakan AI untuk ‘Hidupkan’ Impian Anak Murid

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang guru dari Indonesia menggunakan teknologi AI untuk menyunting gambar anak muridnya. Beliau mencipta gambaran masa depan mereka dengan menyunting wajah anak murid tersebut apabila sudah dewasa, lengkap berpakaian seragam kerjaya yang menjadi cita-cita mereka.

Antara kerjaya yang digambarkan termasuklah pramugari, doktor, pemain bola, anggota tentera, dan lain-lain.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sellyve_, anak-anak muridnya kelihatan teruja dan terkesan melihat gambaran diri mereka di masa depan. Ada yang tersenyum lebar dan tidak percaya dengan gambar tersebut, malah ada yang kagum melihat potensi diri apabila dewasa nanti.

“Itu Aku?”

Melalui idea kreatif ini, @sellyve_ berharap agar murid-muridnya berasa termotivasi untuk berusaha keras dalam merealisasikan impian masing-masing.

“Biarpun tinggal di pedalaman Kalimantan tanpa bekalan elektrik atau rangkaian, itu tidak bermakna kamu tidak boleh bermimpi.

“Tidak kiralah apa takdir hidup di masa depan, tugas seorang guru adalah untuk memberi keberanian kepada murid-muridnya untuk terus bermimpi,” kata @sellyve_.

Video Inspirasi Sentuh Hati Orang Ramai

Video berdurasi 1:09 minit yang dikongsikan oleh @sellyve_ di TikTok menyentuh perasaan ramai pengguna platform tersebut.

Rata-rata memuji usaha guru tersebut yang mengambil inisiatif luar biasa untuk memberikan motivasi kepada murid-muridnya.

Pengguna TikTok turut kagum dengan dedikasi @sellyve_, yang membuktikan bahawa seorang guru memainkan peranan lebih besar daripada sekadar mendidik. Guru juga merupakan pembimbing dan penyuluh jalan kepada para pelajar untuk mencapai impian dan kejayaan.

Baca Juga:
“Raya awal kau dik”- Remaja 16 tahun dapat RM200k dalam pertandingan memancing
Wanita kongsi bekas suami hanya beri nafkah 3 sen bikin ramai geram
Perunding hartanah dedah syarat untuk memiliki tanah di Kelantan