Cikgu Musthafa Kamal hilang di Mekah ketika mengerjakan Umrah masih belum ditemui

Cikgu Musthafa Kamal hilang di Mekah ketika mengerjakan Umrah masih belum ditemui

Cikgu Musthafa Kamal hilang di Mekah ketika mengerjakan Umrah masih belum ditemui. Wisma Putra sudah menghubungi pihak berkaitan dalam usaha menjejak dan mencari rakyat Malaysia, Musthafa Kamal Abdullah, 49, yang dilaporkan hilang di Makkah sejak lebih sebulan lalu ketika mengerjakan umrah.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata wakil Malaysia (Malawakil) di Arab Saudi sudah menghubungi pihak berkaitan di negara itu bagi memulakan proses mencari Musthafa Kamal yang dilaporkan hilang sejak 12 Disember lalu.

“Dalam kes ini, Malawakil kita sedang mengikuti perkembangan itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

Cikgu Musthafa Kamal hilang di Mekah ketika mengerjakan Umrah masih belum ditemui

“Ada kes tertentu yang membabitkan perundangan negara itu. Maka kita perlu berhubung dengan pihak berkenaan,” katanya kepada pemberita di Laman Media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tindakan kerajaan susulan kehilangan Musthafa Kamal, 49, yang berangkat ke Makkah pada 6 Disember lalu.

Musthafa Kamal yang bergerak ke Tanah Suci bersama anaknya, Muaz, 17, untuk mengerjakan umrah dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 18 Disember.

Bagaimanapun, anaknya mendapati Musthafa Kamal, guru di Sekolah Kebangsaan Parit Raja, tidak pulang ke hotel pada 12 Disember, dan segala usaha mencarinya selepas itu berdepan jalan buntu.

Ahli keluarganya turut membuat laporan polis dan Kedutaan Malaysia di Arab Saudi berhubung kehilangan Musthafa Kamal.

Sesiapa yang menemui atau mempunyai maklumat mengenai Musthafa Kamal boleh menghubungi pihak berkuasa atau memaklumkan keluarganya melalui talian 017-7362532.

Baca Lagi:
Doa seorang anak termakbul, terserempak lelaki mirip Allahyarham bapa di Tanah Suci
Bom tangan hidup menusuk dalam tubuh askar Ukraine, boleh meletup bila-bila masa
Hotpot meletup sekeluarga melecur, pemilik hanya bayar ganti rugi RM4000
CATEGORIES