Cikgu ‘kantoi’ ditangkap berbogel dengan pelajar lelaki didalam kereta

Photo of author

By Syima Iza

Seorang guru wanita di New Jersey, Amerika Syarikat dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki.

Jessica Sawicki merupakan seorang guru bahasa Inggeris berusia 37 tahun di Hamilton High School West di Trenton.

Pada Ahad, Sawicki dan seorang pelajar sekolah itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di dalam sebuah kereta.

Cikgu 'kantoi' ditangkap berbogel dengan pelajar lelaki didalam kereta
Gambar hiasan

Difahamkan, ia bukanlah kali pertama sebaliknya Sawicki melakukan perbuatan itu beberapa kali sejak Disember tahun lalu.

Menurut afidavit, Sawicki mengaku kepada penyiasat bahawa dia dan budak lelaki berusia 16 tahun itu melakukan persetubuhan “tanpa perlindungan” sebanyak lima kali.

Perbuatan jijik yang terbongkar itu menyebabkan dia didakwa dengan lima pertuduhan serangan seksual tahap dua.

Selain itu, dia turut didakwa dengan lima pertuduhan tahap dua kerana membahayakan kebajikan kanak-kanak.

Baca Juga:
‘Alhamdulillah, saya bangga dibesarkan dalam keluarga Melayu, bangga jadi anak Melayu’
Pelajar asing terharu kereta tersangkut dalam longkang dibantu penduduk kampung semasa hari raya
Boleh ke guna duit raya anak? Ini penjelasan mufti