Cik Epal buka bisnes baru ‘Pizza Mendonia’ untuk tolong bekas staf Pizza Wagyu yang dibuang

Photo of author

By Syima Iza

Cik Epal buka bisnes baru ‘Pizza Mendonia’ untuk tolong bekas staf Pizza Wagyu yang dibuang.

Persengketaan antara Cik Epal dan bekas suaminya, yang juga seorang chef piza, Jofliam, masih berlarutan apabila hari ini, influencer tersebut mengumumkan akan membuka perniagaan piza baharu.

Menurut Cik Epal, perniagaan piza yang diberi nama Pizza Mendonia itu ditubuhkan untuk membantu bekas pekerja perniagaan piza milik bekas suaminya yang telah diberhentikan.

Cik Epal buka bisnes baru 'Pizza Mendonia' untuk tolong bekas staf Pizza Wagyu yang dibuang

Selain itu, tujuan beliau mewujudkan perniagaan ini juga adalah untuk bersaing dengan Pizza Wagyu milik Jofliam. Cik Epal turut berjanji untuk menguruskan perniagaan ini dengan lebih baik dan akan menerima pembayaran melalui QR.

“Semua jenis BERANI kerana BENAR dan yang penting kami ada MARUAH. Kita kasi caras itu pizza wagyu tak bayar tax. Pizza Mendonia akan terima QR dan perniagaan semua akan proper. Jangan risau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

Tolong support perniagaan pizza baru tau. Yang penting, team aku semua helok,” katanya.

Dalam pada itu, Cik Epal juga berkongsi bahawa dia telah menerima tawaran untuk menjadi duta kepada Jakel dan bakal bekerjasama dengan syarikat tersebut tidak lama lagi.

Sebelum ini, Cik Epal pernah mendedahkan keuntungan yang diperoleh Pizza Wagyu milik bekas suaminya dan telah meminta LHDN untuk menyiasat Jofliam kerana hanya menerima pembayaran tunai.

Baca Juga:
Pernah buat khidmat seks dan tidur lebih 10 lelaki, wanita ini mahu bertaubat tapi takut kisah lama didedah kepada bakal suami
Tesla tawar RM10,000 galak rakyat Malaysia beralih kepada EV
Pegawai penjara Thailand dedah keadaan terkini 6 tahanan dari Malaysia