Cik B beli Brabus original RM1.79 juta, plat ditempah sempena nama CB111

Cik B beli Brabus original RM1.79 juta, plat ditempah sempena nama CB111

Impian pempengaruh dan penyanyi Cik B untuk memiliki kereta idaman Mercedes Benz G63 Brabus yang berharga RM1.79 juta menjadi kenyataan bertepatan dengan ulang tahunnya yang ke-19.

Ujar Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, jentera mewah hasil perniagaan yang diusahakan sendiri itu diperoleh berkat doa serta sokongan ibunya, Datuk Seri Vida (DSV).

“Pertama sekali saya nak cakap terima kasih tidak terhingga kepada mama sebab kalau tiada mama, saya takkan dapat kereta G Wagon Brabus G63 original tau bukan convert.

Cik B beli Brabus original RM1.79 juta, plat ditempah sempena nama CB111

“Jadi, terima kasih sangat-sangat mama, sayang mama dan selamat hari jadi untuk saya,” katanya dalam hantaran Instagram.

Menerusi perkongsian sama, anak sulung jutawan sensasi itu turut menunjukkan gambar serta video berada di premis jualan kereta tersebut.

Sebelum itu Cik B yang tidak mampu menyembunyikan rasa teruja meminta pengikut meneka jenis kereta yang bakal dibawa pulang.

“Mei adalah bulan kelahiran saya iaitu 19 Mei jadi saya beli kereta Brabus original.

“Teruja betul nak ambil kereta masa ini. Tapi cuba kau orang teka Cik B beli kereta apa?” ujarnya.

“Tentu sahaja G63 geng!” kongsinya.

Lebih istimewa, jentera rona hitam itu juga memiliki nombor plat yang ditempah sempena namanya serta nombor bertuah iaitu CB111.

Menerusi ruangan komen, netizen dilihat tumpang gembira dan berbangga dengan rezeki diraih remaja terbabit.

Pada masa sama ramai berpendapat, kegigihan dua beranak itu mempromosikan produk jualan mereka tanpa mengira masa membolehkan mereka menikmati kesenangan.

“Hebat anak mama. Kagum dengan Datuk Seri Vida pukul dua tiga pagi pun ‘live’. Mereka memang layak dapat,” tulis netizen.

“Tahniah, anak mama yang hebat,” ujar seorang lagi pengikut laman sosialnya.

Sementara itu, Vida turut mendedahkan nombor 111 dipilih bagi menandakan tuah puterinya.

“Cik B beli nombor plat CB. Cik B anak hebat nombor satu, Cik B bisnes nombor satu, Cik B kejayaan nombor satu,” ulasnya.

Awal tahun ini anak gadis yang mengusahakan makanan ringan kulit ikan telur masin itu berkongsi hasrat mahu membeli kereta baharu.

Tiga jenis kenderaan mewah berada dalam senarai awal itu adalah Lamborghini Urus, Range Rover SVR serta Brabus G63 Original.

Katanya, kenderaan pilihannya akan digunakan untuk urusan kerja terutama ke pejabat.

Sekitar tahun lalu Vida atau Dr. Hasmiza Othman mendedahkan anaknya juga pernah berbelanja sebanyak RM1 juta sebulan.

Baca Juga:
Naik angin kedai serbaneka popular tak sediakan beg plastik, Datin Alyah kena bahan dengan netizen
Kena ada gaji RM9,000 baru boleh kahwin, respon wanita ini buat netizen terkedu
Lelaki bermotosikal ucap ‘good luck’ sebelum simbah asid ke Faisal Halim
CATEGORIES