China cipta kereta api ‘Terapung’ lebih laju daripada kapal terbang bergerak.
China dilapor memulakan pembangunan kereta api ‘terapung’ yang mampu bergerak lebih laju daripada kapal terbang kormesial.
Dengan menggunakan teknologi apungan magnetik atau disebut sebagai maglev, kereta api berkenaan dirancang untuk berupaya mengangkut penumpang pada kelajuan sehingga 1000 kilometer per jam (kmj).
Menurut Daily Express, teknologi maglev menggunakan magnet untuk mengapung kereta api di atas landasan.
Pada masa yang sama,, magnet yang dipasang pada kereta api akan bertindak balas dengan besi yang dipasang pada sisi trek dan menolak pengangkutan tersebut untuk bergerak ke depan.
China mula bina kereta api maglev mampu bergerak 1000 kmj, lagi pantas daripada kapal terbang
Sebelum ini, siri ujian untuk menguji keupayaan kereta api maglev berkenaan sudah pun giat dijalankan oleh syarikat pembinanya, China Railway.
Manakala pada 6 Ogos lepas, sistem pengangkutan ini juga berjaya menyempurnakan satu demonstrasi penuh yang dijalankan di wilayah Shanxi.
Difahamkan, China sudah pun mempunyai jaringan pengangkutan kereta api laju yang sangat efisyen dan mampu bergerak selaju 349 kmj di seluruh negara tersebut.
Bagaimanapun, pembangunan kereta api baharu maglev ini bakal meletakkan sistem pengangkutan awam China di satu tahap yang berbeza.
China sudah ada tiga kereta api maglev
Kereta api maglev ultra laju itu kelak mampu bergerak tiga kali ganda daripada kereta api laju semasa dan lebih pantas daripada kapal terbang kormesial.
Kebanyakan kapal terbang kormesial pada hari ini terbang pada kelajuan antara 880 hingga 925 kmj, sekaligus inovasi kereta api maglev berkenaan bakal memecahkan beberapa rekod di masa akan datang.
Setakat ini, China mempunyai tiga kereta api maglev yang sudah pun beroperasi. Ia termasuklah kereta api maglev terpantas di dunia, Shanghai Maglev Train (SMT) yang berupaya bergerak pada kelajuan 693 kmj.
Difahamkan, SMT mampu menghubungkan laluan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai-Pudong dengan Stesen Jalan Longyang yang berjarak kira-kira 30 km dalam tempoh 8 minit sahaja.