Chef Wan disiasat polis selepas kaitkan gaun Aishwarya Rai dengan Thaipusam

Photo of author

By Syima Iza

Polis mengesahkan Chef selebriti terkenal, Chef Wan sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung satu hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan bintang tersohor, Aishwarya Rai.

Dalam komen tersebut, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail secara berseloroh berkata, gaun yang dipakai bekas ratu cantik di karpet merah di Festival Filem Cannes itu seperti membawa kavadi ke upacara Thaipusam di Batu Caves.

Bercakap kepada Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari memaklumkan, pihaknya menerima satu laporan berhubung kes itu.

Chef Wan disiasat polis selepas kaitkan gaun Aishwarya Rai dengan Thaipusam

“Bagaimanapun kes ini diserahkan kepada USJT kerana melibatkan 3R iaitu agama, kaum dan raja,” katanya di sini, pada Isnin.

Ahmad Sukarno turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh isu 3R di mana-mana platform kerana ia boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam pelbagai kaum di Malaysia.

Komen Chef Wan itu mencetuskan kecaman daripada netizen yang menyifatkan kenyataan itu sebagai bersikap perkauman dan tidak mengambarkan identiti seorang yang terkenal.

Ia adalah reaksi kepada video Aiswarya Rai di Festival Filem Cannes yang dikongski pemilik akaun Instagram Namaste Bollywood berserta kapsyen First thought that comes to mind.

Baca Juga:
Ramai yang tak tahu, ini cara nak elakkan nasi cepat basi
Tokan hidup mewah belajar proses dadah melalui WhatsApp dicekup, dadah bernilai RM4.61 juta dirampas
Lelaki warga asing cabul budak perempuan 2 tahun di medan selera