Chef kongsi ‘ilmu pengasih’ masak nasi putih sedap supaya suami lebih sayang

Photo of author

By Syima Iza

Masak nasi putih ini bukan sekadar basuh dan bilas saja, ada cara dan ilmu khusus perlu dibuat ketika tanak nasi supaya rasa nasi bukan tawar tapi sedap.

“Saya nak kongsikan ‘ilmu pengasih’ yang digunakan oleh kebanyakan kedai-kedai nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kahwin. Boleh juga gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap.

“Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismilah dan selawat masa basuh beras. Masa nak masak nasi pula masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak.Masukkan daun pandan. Kena pandai agak-agak supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apa tujuannya?

Chef kongsi 'ilmu pengasih’ masak nasi putih sedap supaya suami lebih sayang

“Minyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada ” rasa” bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih,”terang Chef Shukri

Terlibat dalam dunia perniagaan makanan selama lebih 25 tahun Chef Shukri berkongsi ilmu yang dipraktikkan yang juga katanya diguna pakai oleh kebanyakan pengusaha kedai makan dan serta tukang masak lauk kenduri.

Ilmu masak nasi putih

Letak gula batu kalau masak nasi tomato atau nasi minyak

Dalam pada itu katanya jika ingin masak nasi nasi Tomato, Nasi minyak dan lain-lain masukkan tiga-empat ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik. Akui beliau, inilah rahsia besar kedai-kedai makan dan para tukang masak.”

Baca Juga:
Teruk dikritik kerana pakai loket rantai menyerupai lambang salib, Amelia Henderson tampil jawab tuduhan
Rupanya ada sebab kenapa kapal terbang dicat warna putih, ini 4 faktor yang ramai tak tahu
Siap sunting buang meter TNB dalam gambar raya, ramai geli hati dengan kreativiti netizen