Che Ta pergi tengok bola pun lawa, netizen perasan sesuatu

Photo of author

By Syima Iza

Che Ta pergi tengok bola pun lawa, netizen perasan sesuatu. Gaya selebriti terkenal Rozita Che Wan mencuri perhatian peminat apabila tampil glamor sewaktu hadir menyaksikan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Rozita atau mesra disapa Che Ta yang hadir ke stadium bagi memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya (Malaysia) menentang Thailand bergaya seperti kelaziman walaupun sekadar mahu menyaksikan perlawanan bola sepak.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik Che Ta dalam Instagram miliknya, pelakon asal Alor Setar, Kedah itu bersemangat menyarung jersi pasukan skuad kebangsaan berwarna kuning bersama jaket dengan rona senada.

Che Ta pergi tengok bola pun lawa, netizen perasan sesuatu

“Gol!” tulis Che Ta ringkas ketika meraikan jaringan gol oleh penyerang kebangsaan, Faisal Halim.

Tambah mencuri perhatian apabila Che Ta turut mengenakan aksesori berupa subang berlian ‘berjuntai’ untuk melengkapkan gayanya sekali gus menjadikan penampilannya kelihatan cukup glamor.

Bukan itu sahaja, dia turut mengenakan seluar hitam dengan fabrik berkilau (gliter) ketika turun ke stadium yang turut disertai suami iaitu pelakon, Zain Saidin dan abang iparnya, Mazlan Pet Pet.

Seperti biasa, walaupun bersesak-sesak di dalam stadium, pelakon berusia 52 tahun itu tetap tidak boleh melepaskan bulu mata palsu yang sudah menjadi identiti dirinya pada setiap masa.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata pengikut Che Ta terhibur melihat gaya dan penampilannya yang sering mencuri tumpuan.

“Pergi tengok bola pun lawa,” kata seorang pengikutnya.

“Di mana-mana pun lawa Che Ta,” puji seorang netizen.

“Berkenan sungguh dengan subang labuh Che Ta,” usik seorang peminatnya.

Sekadar info, skuad Harimau Malaya terus menghidupkan impian ke final AFF selepas menewaskan juara bertahan, Thailand 1-0 menerusi jaringan oleh tonggak negara, Faisal Halim pada minit ke 28.

Aksi separuh akhir kedua dijadualkan berlangsung di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Thailand Selasa ini.

Jangan lupa follow kami! Twitter , Facebook

Baca Lagi:
Kek cawan berisi air mani, pegawai polis dipenjara 100 tahun
Geram dengan Ira Kazar, wanita ini nak ‘sondol’ Syamsul jadi isteri ketiga
Disksun saman trafik sehingga 50 peratus bermula 10 Januari ini