CEO syarikat AI sumbat mayat anak lelaki 4 tahun dalam bagasi di tahan polis

Photo of author

By Syima Iza

CEO syarikat AI sumbat mayat anak lelaki 4 tahun dalam bagasi di tahan polis.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat kepintaran buatan (AI) di India diberkas polis selepas mayat anak lelakinya yang berusia empat tahun ditemui disumbat di dalam bagasi miliknya, lapor portal berita MailOnline.

Suchana Seth, yang mengetuai syarikat permulaan, The Mindful AI Lab ditahan kelmarin sejurus dia pulang dari lawatan kerja ke Goa menggunakan teksi.

CEO syarikat AI sumbat mayat anak lelaki 4 tahun dalam bagasi di tahan polis

Menurut laporan, Suchana mendaftar masuk di sebuah hotel di Goa bersama anaknya Sabtu lalu, namun seorang pekerja menyedari mangsa tidak mendaftar keluar bersama suspek.

Pekerja hotel tersebut turut menemui kesan darah ketika membersihkan bilik suspek sebelum dia membuat laporan polis.

Polis bertindak pantas dengan menghubungi pemandu teksi yang diupah hotel berkenaan untuk bercakap dengan suspek sebelum dia memberitahu bahawa anaknya berada di rumah rakannya di Goa Selatan.

CEO syarikat AI sumbat mayat anak lelaki 4 tahun dalam bagasi di tahan polis

Selepas mendapati maklumat yang diberikan palsu, polis mengarahkan pemandu teksi memandu ke balai terdekat sebelum memeriksa bagasi milik suspek.

“Apabila bagasinya dibuka, mayat anaknya ditemui disumbat di dalam beg itu,” kata Superintendan Polis Goa Utara, Nidhin Valsan.

Suchana kini ditahan reman selama enam hari, manakala motif jenayah itu masih disiasat. Namun, polis percaya masalah rumah tangga yang dihadapi suspek mungkin menjadi punca kepada tindakannya itu.

Baca Juga:
Mimpi ada emas tertimbus di bawah lantai dapur rumah, lelaki maut selepas terjatuh dalam lubang sedalam 4 meter yang digali
Budak tadika beri jongkong emas bernilai RM70,000 kepada rakan sekelas sebagai ‘hadiah pertunangan’
Penduduk gempar ‘orang minyak’ ketuk pintu di Kuala Pilah