CEO Batu terlibat kemalangan, patah gigi depan dan lebih 20 jahitan di kepala

Photo of author

By Syima Iza

Pempengaruh terkenal dikenali sebagai CEO Batu dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di susur keluar Sungai Petani di sini pada awal pagi Sabtu.

Berita berkenaan dikongsikan di platform X menerusi akaun ‘Sungai Petani’, memaparkan keadaan pempengaruh itu ketika menerima rawatan di hospital selepas kemalangan tersebut.

Menerusi perkongsian itu, lelaki tersebut terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Alor Setar.

CEO Batu terlibat kemalangan, patah gigi depan dan lebih 20 jahitan di kepala

“CEO Batu mengalami kemalangan apabila sebuah kenderaan secara tiba-tiba menukar haluan dan melanggarnya.

“Beliau dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Cedera di bahagian tangan, patah gigi hadapan dan menerima lebih 20 jahitan di bahagian kepala,” menurut perkongsian itu.

Bagaimanapun, keadaan CEO Batu dilaporkan stabil dan beliau sudah mampu kembali berjalan.

Sumber

Baca Juga:
Kereta tanpa pemandu di San Francisco
Juru hias hidup mewah rupa-rupanya jual dadah
‘Anak kurang ajar’ antara kejian dihamburkan ke atas Esha – Ibu mendiang Rajeswary Appahu