CEO AirAsia letak jawatan serta merta

Photo of author

By Syima Iza

CEO AirAsia letak jawatan serta merta.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Riad Asmat meletak jawatan hari ini.

Dalam catatan di Instagram, Riad mengucapkan terima kasih kepada AirAsia dan pasukannya atas sokongan berterusan yang diberikan dalam tempoh baik atau sukar serta berkata: “amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan setiap daripada anda pada sepanjang tahun ini.”

CEO AirAsia letak jawatan serta merta

“Dalam saya berehat sebentar dan beralih kepada kemungkinan peranan penasihat untuk organisasi ini, sila jaga diri selalu.

“Saya tidak begitu percaya pada ucapan selamat tinggal tetapi lebih kepada jumpa lagi nanti. Oleh itu, jumpa lagi nanti,” katanya, sambil menambah beliau gembira dalam setiap perjalanan di AirAsia tanpa ada rasa kesal.

Riad dilantik sebagai CEO AirAsia pada 10 Januari 2018.

Baca Lagi:
Lelaki demam tiga hari selepas terkejut melihat buaya merangkak naik ke tebing ketika memancing
McDonald’s Malaysia saman gerakan galak boikot produk kaitan Israel
Penyamun guna parang panjang samun lelaki baru lepas keluar duit dari bank di Klang