Celine Dion dibayar RM9 juta hanya nyanyi satu lagu di Olimpik Paris 2024

Photo of author

By Syima Iza

Celine Dion dibayar RM9 juta hanya nyanyi satu lagu di Olimpik Paris 2024.

Khabar angin legenda pop terkenal dunia, Celine Dion, akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.

Media hiburan TMZ melaporkan penyanyi berusia 56 tahun itu didapati mendaftar masuk di hotel mewah Royal Monceau di Paris pada Isnin lalu. Celine sebelum ini mengakui menjadi impiannya untuk kembali ke Paris dan melihat semula Menara Eiffel.

Celine Dion dibayar RM9 juta hanya nyanyi satu lagi di Olimpik Paris 2024

Celine turut dilaporkan bakal dibayar AS$2 juta (RM9.34 juta) hanya untuk satu lagu pada persembahannya awal pagi Sabtu ini. TMZ menambah, penyanyi yang terkenal dengan lagu “My Heart Will Go On” itu kini bertambah sihat selepas berjuang melawan penyakit yang dihadapinya.

Tiada pengumuman rasmi setakat ini walaupun Presiden Perancis, Emmanuel Macron, memberitahu stesen penyiaran France 2 yang beliau sangat gembira jika Celine dapat bersama pada upacara perasmian.

Celine terpaksa melupakan seketika karier nyanyiannya pada 2022 selepas didapati menghidap penyakit jarang berlaku, Sindrom Stiff Person, yang turut didedahkan dalam dokumentari videonya, “I Am: Celine Dion.”

Celine bukanlah asing dengan temasya Olimpik. Beliau sebelum ini menyanyikan lagu “The Power of the Dream” pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 yang disaksikan 3.5 bilion penonton seluruh dunia.

Seorang lagi penyanyi terkenal, Lady Gaga, turut menginap di hotel Royal Monceau dan dia turut dilapor bakal sepentas dengan Celine.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada penganjur mengenai persembahan mereka kerana semuanya masih rahsia sehingga ke saat perasmian awal pagi Sabtu ini.

Baca Juga:
Rezeki terpijak..lelaki jumpa enam tabung wang kertas berjumlah RM240 ribu dalam dinding rumah
15 hari pun masih segar macam baru petik, ini petua simpan sayur supaya tahan lama
Selepas tabur abu jenazah suami di pantai, pelakon Jennifer Coppen buat majlis tahlil di rumah anak yatim