CCTV rungkai misteri kematian anak pelakon

Photo of author

By Syima Iza

CCTV rungkai misteri kematian anak pelakon.

Tindakan pelakon Indonesia, Tamara Tyasmara membenarkan pihak berkuasa menggali kubur anak lelakinya yang meninggal dunia sekitar seminggu lalu menemui jawapan positif.

Andante Pramuditya atau mesra dipanggil Dante dilaporkan maut selepas lemas di sebuah kolam renang awam pada 27 Januari 2024 lalu.

CCTV rungkai misteri kematian anak pelakon

Curiga anaknya mati lemas kerana pandai berenang, Tamara mahu autopsi atau bedah siasat dijalankan terhadap mayat Dante awal bulan ini.
Seiring dengan kubur digali, pihak berkuasa juga mencari bukti kematian menerusi rakaman CCTV di kolam renang awam tersebut.

Dan hasilnya pihak berkuasa menemukan bukti mengejutkan apabila kanak-kanak tersebut sebenarnya maut kerana dibunuh individu yang menemaninya.

Individu tersebut adalah kekasih Tamara iaitu Yudha Arfandi atau YA.

Menurut kronologi kes yang dilaporkan media tempatan, YA telah mendekati Dante yang sedang bersantai di dalam kolam dengan tangannya memegang pembatas kolam.

YA terakam di CCTV mendekati Dante dan setelah melihat keadaan yang agak sunyi dia menenggelamkan kepala kanak-kanak tersebut beberapa kali ke dalam kolam.

Bukan sekali tetapi YA dilihat telah menenggelamkan Dante sebanyak 12 kali sehingga kanak-kanak tersebut tidak bernyawa.

Dante kemudian dilihat tidak timbul lagi sehingga YA cuba ‘menyelamatkannya’.

Jika disabitkan kesalahan, YA berdepan penjara 20 tahun.

Dante adalah anak hasil perkahwinan Tamara dengan pelakon Anger Dimas.

Tamara sebelum ini memberitahu membiarkan anaknya Dante berenang di kolam renang awam tersebut dengan ditemani seorang kenalan sementara dia menjalani penggambaran di lokasi berhampiran.

Baca Juga:
Guru jamah makanan agar-agar santan yang dibawa anak muridnya dapat pujian ramai
Petua orang lama, kalau nak marah, caci binatang ini kena panggil ‘Cik Ti’ ini sebabnya
Lelaki maut perut terburai bom meletup ketika ceroboh bangunan sarang burung walet